Khamis, 27 Disember 2012

Antara ternakan yang terdapat di ladang saya.

angsa putih dan kelabu
macam - macam adaaa..
merpati merak
kambing
dan kambing lagi..







 
saya mula mengusahakan ladang ternakan ini bermula pada tahun 2010. pada awalnya semuanya bermula sebagai hobi sahaja. ternakan hanya untuk kegunaan sendiri sahaja. jualan hanya kepada sahabat terdekat sahaja. tetapi tanpa saya duga rupa2nya sektor penternakan ni boleh mendatangkan rezeki yang agak berbaloi jika diusahakan dengan bersungguh - sungguh. kini saya tidak akan menoleh kebelakang lagi dan akan menjadikan sektor penternakan ini sebagai sumber rezeki untuk menyara keluarga saya. apa yang paling penting bagi saya, bidang ini adalah satu bidang yang amat saya minati. saya sangat enjoy dengan pekerjaan ini. hilang segala penat lelah saya bila melihat binatang - binatang ternakan saya ini dalam keadaan sihat bugar dan berkembang biak dengan baik. kepada sifu2 dan otai2 diluar sana yang sudi menjengah ke blog saya ini, silalah beri tunjuk ajar dan panduan kepada hamba yg cetek ilmu ini. tnjuk ajarku sifu. tkasih.

Rabu, 26 Disember 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
saya adalah seorang pesara tentera dan kini sedang mengusahakan ladang ternakan kambing, ayam, ikan, angsa dan beberapa jenis ternakan eksotik. bukan ingin bersaing dengan sesiapa cuma ingin memeriahkan lagi sektor pertanian dan perladangan di bumi malaysia ini disamping ingin mencari rezeki untuk anak dan isteri. kepada sahabat sahabat diluar sana, silalah melawat blog saya yg serba kekurangan ini.